← Back to list
Polis Masih Siasat Ketulenan Video Intim Seorang Menteri Kabinet
Jun 19, 2019
Polis masih siasat ketulenan video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet, yang tular baru-baru ini.
Pihak polis juga tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk siasatan berkenaan.
Tambahnya lagi, tiada tangkapan baru dibuat berhubung kes video itu.
Orang Asli Kuala Koh Tidak Dipindahkan
Kerajaan nafi dakwaan perkampungan orang asli Kuala Koh, Gua Musang yang dilanda wabak demam campak, akan dipindahkan ke lokasi yang lain.
Perkara itu juga tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli.
Sementara itu, JAKOA akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan penduduk di kampung itu terutama kanak-kanak menerima suntikan vaksin.
Datuk Farid Kamil Dibenarkan Pulang
Datuk Farid Kamil dibenarkan pulang ke rumah hari ini, selepas lebih sebulan berada di dalam penjara.
Ini setelah mahkamah benarkan permohonannya untuk tangguhkan hukuman penjara sembilan bulan yang dikenakan terhadapnya Mei lalu.
Farid dipenjara selepas mengaku bersalah atas tuduhan penyalahgunaan dadah.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather