← Back to list
Garis Panduan Pematuhan Standard Filem Penghadang Haba Kenderaan secara sukarela bermula hari ini.
Jun 20, 2019
Pematuhan terhadap Garis Panduan Pematuhan Standard Filem Penghadang Haba Kenderaan secara sukarela bermula hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini adalah masanya untuk industri mendapat pendidikan.
Ia juga katanya akan bantu pengguna pilih produk yang lebih baik dan tepat.
Apabila mula dikuat kuasakan Julai tahun depan, denda dan penjara akan dikenakan jika filem penapis haba guna label dan kod QR yang tidak diiktiraf pihak berkuasa.
Polis tumpaskan sindiket penyeludupan rokok dipercayai terbesar di Malaysia tahun ini!
Ia melibatkan rampasan hampir 280,000 karton rokok bernilai lebih RM4.8 juta pada serbuan Rompin, Pahang semalam.
3 suspek diberkas termasuk pemandu sebuah lori yang bawa rokok berkenaan yang diseludup menggunakan bot dipercayai daripada Vietnam.
Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun maut terkena kipas siling di Ampang, KL.
Difahamkan, tragedi berlaku semasa bapa saudaranya melambung mangsa ke udara ketika bermain-main untuk pujuk mangsa yang menangis.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather