← Back to list
Kerajaan Ambil Alih Empat Lebuhraya Utama Selewat-Lewatnya 31 Disember Ini
Jun 23, 2019
Kerajaan akan ambil empat lebuh raya utama selewat-lewatnya 31 Disember ini sekiranya proses pengambil alihan berjalan lancar.
Menurut Kementerian Kewangan, kejayaan tawaran itu bergantung kepada ketekunan wajar, sokongan pemegang saham, pemiutang syarikat konsesi serta kelulusan jemaah menteri.
Terdahulu, syarikat konsesi empat lebuhraya itu memberitahu kerajaan kemukakan tawaran RM6.2 billion untuk ambil alih lebuhraya Litrak, Smart, Kesas dan Sprint.
Menteri Besar Kedah Tak Tahu Apa-Apa
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak tahu dana 1MDB disalurkan kepada UMNO Kedah ketika beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Jelasnya, urusan berkaitan dana parti diserahkan kepada Bendahari, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang turut menguruskan perbelanjaan dan agihan kepada setiap UMNO bahagian.
Terdahulu, SPRM umumkan UMNO Kedah antara 41 responden dipercayai menerima dana 1MDB berjumlah RM270 juta.
19 Keracunan Metanol Dah Diketengahkan
19 kes keracunan metanol telah dilaporkan ke Pusat Kesiapsagaan dan Tindakan Krisis bagi tempoh 11 Jun hingga semalam.
Jabatan Kesihatan berkata kesemua kes keracunan itu babitkan tiga negeri iaitu di Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan.
Keracunan metanol dipercayai minum minuman beralkohol yang dipalsukan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather