← Back to list
Jabatan Alam Sekitar pantau secara agresif tapak pelupusan sampah haram di Pasir Gudang.
Jun 24, 2019
Jabatan Alam Sekitar mula memantau secara agresif di tapak-tapak pelupusan sampah haram di Pasir Gudang, Johor hari ini.
Ia bagi kenal pasti punca sebenar insiden sesak nafas yang berlaku di beberapa sekolah yang menyebabkan 17 sekolah ditutup sementara setakat ini.
Kejadian berkenaan turut menyebabkan lebih 70 orang majoritinya murid sekolah jatuh sakit namun keadaan mereka semuanya stabil.
Polis belum terima laporan kes buli di sebuah sekolah menengah Setiu.
Belum ada laporan polis dibuat berkenaan kes buli babitkan murid sekolah menengah di Setiu, Terengganu yang videonya viral ketika ini.
Video berdurasi 14 saat itu papar seorang pelajar lelaki tumbuk dan tendang seorang pelajar dalam sebuah kelas dan hanya diperhatikan murid lain.
Difahamkan juga pihak sekolah dan ibu bapa murid terbabit sedang cari penyelesaian tanpa melibatkan polis.
Gelongsor air terpanjang dunia di Pulau Pinang akan dibuka tidak lama lagi.
Gelongsor air terpanjang di dunia di taman tema Escape Pulau Pinang akan dibuka kepada orang ramai Ogos ini.
Gelongsor sepanjang 1.14 km dengan ketinggian 70 meter itu bakal atasi rekod dunia milik sebuah taman tema di Amerika Syarikat pada 2015.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather