← Back to list
Kes pencemaran di Pasir Gudang kini tiada kaitan dengan kes Sungai Kim Kim.
Jun 25, 2019
Fakta terkini menunjukkan kes pencemaran di Pasir Gudang ketika ini tiada kaitan dengan kes pencemaran Mac lalu.
Jelas kerajaan Johor, ia kerana bahan kimia yang ditemui dalam 2 kejadian itu berbeza.
Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal memaklumkan 30 kilang kimia di Pasir Gudang akan disiasat ekoran kes pencemaran itu.
Kementerian Kesihatan juga kini dalam peringkat akhir untuk mengenal pasti bahan kimia yang jadi punca pencemaran di situ.
Jelasnya, tahap toksik yang berada pada 75 pesakit ketika ini tidak setinggi seperti dalam kes pencemaran di Sungai Kim Kim pada Mac lalu.
Kerajaan tiada hasrat tubuh RCI untuk siasat kes Muhammad Adib buat masa ini.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tiada hasrat tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi siasat kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
Ujar Menterinya, Zuraida Kamaruddin, ini kerana inkues kes kematian anggota bomba berkenaan sedang berjalan dengan baik.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather