← Back to list
12 kawasan dipilih jadi lokasi projek rintis tangani masalah dadah.
Jun 26, 2019
12 kawasan di seluruh negara dipilih jadi lokasi projek rintis tangani masalah dadah.
Antara kawasannya ialah Petaling di Selangor, Projek Perumahan Rakyat Sungai Bonus di KL, Kuala Dungun di Terengganu dan Felda Keratong 3 di Pahang.
AADK berkata projek yang akan dilaksanakan mulai 1 Julai ini selama setahun babitkan 10 kementerian dan 15 agensi kerajaan.
Menurut agensi itu lagi, kerjasama semua pihak berkaitan perlu supaya masalah dadah di negara ini dapat diatasi secara bersepadu.
Dakwaan kononnya rakyat Sarawak perlu daftar mengundi segera adalah palsu!
Dakwaan viral kononnya rakyat Sarawak perlu daftar segera untuk layak mengundi pada pilihan raya negeri pertengahan 2021 adalah PALSU!
SPR berkata tarikh akhir untuk mendaftar sebagai pengundi akan hanya diketahui selepas tarikh pilihan raya itu diumumkan nanti.
Dalam perkembangan lain, usul menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun akan dibentangkan di Dewan Rakyat, bulan depan.
Tiada pesakit baru dilaporkan di Pasir Gudang.
Tiada pesakit baru dimasukkan ke wad bagi mendapatkan rawatan susulan kes pencemaran di Pasir Gudang.
Exco Kesihatan Johor berkata setakat ini hanya sembilan pesakit terdiri daripada pelajar sekolah ditahan di wad untuk menerima rawatan.
Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan pihak berkaitan mengenai keperluan melanjutkan penutupan institusi pendidikan di Pasir Gudang.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather