← Back to list
Bapa Nafi Anaknya Mati Di Australia Kerana Stres Belajar
Aug 07, 2019
Bapa seorang pelajar Malaysia yang maut selepas terjatuh dari sebuah apartment di Australia, NAFI anaknya alami tekanan.
Dia juga minta semua pihak jangan terburu-buru buat spekulasi mengenai kematian anak sulungnya itu.
Terdahulu, ada laporan mendakwa kononnya pelajar itu tertekan selepas gagal dalam beberapa subjek.
Jenazah mangsa sedang diuruskan pihak MARA dan akan dikebumikan di Malaysia.
Presiden Indonesia Segan Dengan Malaysia Dan Singapura
Presiden Indonesia akui malu kepada Malaysia dan Singapura, kerana kebakaran hutan di negaranya, punca jerebu melanda kedua-dua negara jiran.
Tegas Joko Widodo, beliau telah arahkan semua pihak berkaitan agar lebih serius menangani masalah itu.
Terdahulu, Widodo dilaporkan beri amaran akan pecat mana-mana anggota bomba JIKA kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan gagal dipadamkan.
Laporan Perubatan Kes Rogol Babitkan Exco Perak SIAP!
Laporan kimia dan perubatan bagi kes rogol pembantu rumah membabitkan EXCO Perak baru-baru ini, sudah siap.
Menurut polis, laporan tersebut akan dihantar kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.
Baru-baru ini terdapat satu status di Facebook mendakwa kononnya laporan forensik kes berkenaa hilang, namun polis menafikan dakwaan berkenaan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather