← Back to list
Pengenalan Tulisan Khat Di SJKC & SJKT Diteruskan
Aug 08, 2019
Pengenalan tulisan khat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, akan diteruskan seperti perancangan.
Kementerian Pendidikan berkata pengenalan tulisan khat itu, hanya akan dimuatkan sebanyak tiga muka surat di dalam buku teks.
Tambahnya, terpulang kepada kreativiti guru, untuk sampaikan pengajaran tersebut di bilik darjah masing-masing.
Universiti Jepun Bakal Dibina di Malaysia
Malaysia bakal menjadi negara pertama mempunyai universiti dari Jepun.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahahir Mohamad berkata tapak berpotensi penubuhan universiti terbabit telahpun dikenalpasti di Kedah dan Selangor.
Penubuhan universiti Jepun di Malaysia, dijangka dapat mengurangkan sekurang-kurangnya satu pertiga kos penghantaran pelajar ke negara itu.
Guna Rakaman Suara Untuk Cari Nora Anne
Pasukan mencari dan menyelamat akan gunakan rakaman suara ahli keluarga, dalam usaha mencari remaja Ireland yang hilang di Nilai, Ahad lalu.
Mereka berharap, rakaman suara ibu atau adiknya, dapat membantu menarik perhatian mangsa.
Dalam pada itu, polis mengalu-alukan sebarang maklumat atau cadangan termasuk alternatif mengikut kepercayaan agama masing-masing.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather