← Back to list
Pihak yang cuba bangkitkan isu sensitiviti kaum dan agama berdepan tindakan tegas!
Aug 21, 2019
Tiada lagi amaran dikeluarkan kepada pihak yang cuba bangkitkan sensitiviti kaum dan agama!
Ketua Polis Negara berkata sebaliknya mereka yang terlibat termasuklah ahli politik akan disiasat dan ditangkap serta merta.
Orang ramai juga diseru agar tidak mudah percaya dengan perkara tidak bertanggungjawab itu yang akhirnya terjebak dalam viralkan berita palsu.
Dalam perkembangan lain, larangan ke atas Dr Zakir Naik daripada memberikan ceramah di negara ini meliputi semua media.
Ini bermakna pendakwah antarabangsa itu turut tidak dibenar melakukannya di media sosial.
Cadangan perkenal perkhidmatan Gojek di Malaysia dibincangkan oleh kabinet hari ini.
Mesyuarat mingguan Kabinet hari ini antaranya akan bincangkan cadangan perkenal perkhidmatan e-hailing motosikal atau Gojek di negara ini.
Menteri Pengangkutan memaklumkan, usul itu perlu diteliti mendalam sebab ia libatkan banyak aspek khasnya keselamatan, undang-undang, ekonomi dan monopoli.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan berkata perkhidmatan itu mungkin diperkenalkan di Malaysia sekaligus buka peluang pekerjaan buat golongan muda.
Sementara itu, menerusi undian yang dijalankan di Facebook kami, 65 peratus responden kurang setuju dengan pengenalan perkhidmatan Go-Jek di negara ini.
Satu laporan polis dibuat ke atas seorang peguam Ireland berkenaan kes Nora Anne.
Laporan polis dibuat susulan seorang peguam warga Ireland mendakwa keluarga mendiang Nora Anne Quoirin terbabit dalam kes kehilangan dan kematian remaja itu.
Menurut Polis Negeri Sembilan, ini kerana ia merupakan satu fitnah terhadap pasukannya memandangkan mereka masih menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather