← Back to list
Individu yang hina Jalur Gemilang bakal berdepan tindakan tegas!
Aug 22, 2019
Individu yang didapati menghina Jalur Gemilang termasuk menggantungnya secara terbalik bakal berdepan tindakan undang-undang!
Ketua Polis Johor berkata pihaknya pandang serius isu terbabit kerana ia mengaibkan bendera sebagai lambang kedaulatan negara.
Sementara itu, Kementerian Pendidikan akan siasat segera dakwaan sebuah sekolah terima bekalan Jalur Gemilang secara terbalik oleh pembekal, baru-baru ini.
Bank Negara tambah baik kriteria kelayakan dan ciri-ciri Dana Rumah Mampu Milik.
Antaranya bermula 1 September ini, kelayakan pendapatan maksimum bulanan isi rumah dinaikkan kepada RM4,360 berbanding RM2,300 sebelum ini.
Had harga maksimum rumah layak dibiayai juga dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM150,000.
Makin ramai wanita digunakan sebagai penyerang bunuh diri oleh militan di Asia Tenggara!
Kebimbangan itu disuarakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Di Malaysia, sejak Januari lalu 2 wanita ditahan berkaitan kegiatan pengganas.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather