← Back to list
Tiada Menteri Baru Akan Anggotai Kabinet
Aug 22, 2019
Perdana Menteri tegaskan, tiada menteri baharu akan menganggotai Kabinet.
Sebaliknya jelas Tun Dr Mahathir Mohamad, mungkin berlaku pertukaran kecil portfolio menteri.
Tambah beliau, Datuk Seri Mustapa Mohamad tidak akan dibawa masuk sebagai anggota Kabinet, seperti yang didakwa beberapa pihak.
Bekalan Jalur Gemilang Terbalik KPM Akan Siasat
Kementerian Pendikan akan siasat berhubung dakwaan, kononnya sebuah sekolah menerima bekalan jalur gemilang secara terbalik.
Insiden itu tular di Twitter apabila seorang pemilik akaun memuat naik gambar bendera terbabit.
Baru-baru ini, sebuah sekolah di Pahang turut jadi tumpuan selepas Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sekolah berkenaan.
Tambak Johor Akan Di Naik Taraf
Melebar dan memanjangkan Tambak Johor, adalah antara cadangan yang diketengahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas yang berlangsung semalam.
Menurut Kementerian Dalam Negeri, antara cadangan lain, membina laluan pejalan kaki berbumbung serta membesarkan kompleks pintu masuk.
KDN merupakan pihak bertanggungjawab untuk uruskan hal kesesakan itu selepas Pasukan Petugas Khas ditubuhkan peringkat Johor dibubarkan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather