← Back to list
Tun M Tetap Tak Akan Hantar Pulang Dr Zakir Naik
Aug 23, 2019
Dr Zakir Naik Tak Akan ke Mana-Mana
Dr Zakir Naik tetap akan berada di negara ini.
Itu jawapan tegas Perdana Menteri berkenaan desakan berterusan beberapa pihak yang mahu pendakwah antarabangsa berkenaan dihantar pulang ke India.
Ujar Tun Dr Mahathir Mohamad, buat masa ini polis masih siasat dakwaan mengatakan pendakwah itu memainkan sentimen perkauman.
Menurut Tun M lagi, sudah pasti status Penduduk Tetap (PR) Dr Zakir Naik akan ditarik balik jika hasil siasatan dapati beliau melakukan perkara tersebut.
DBP Kesal Dengan KBS
Tindakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tukar nama Hari Sukan Negara kepada Malaysia Sports Challenge 2019 atau MySC’19 dikesali.
Tegasnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan mesti digunakan di peringkat persekutuan.
Katanya lagi, tindakan tersebut tidak selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam program rasmi kerajaan.
Terdahulu KBS pertahankan pertukaran nama itu atas alasan ia bertujuan memperluaskan capaian program berkenaan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather