← Back to list
Larangan Merokok di Premis Makanan: Tempoh Berlembut Tak Dilanjut
Aug 25, 2019
Larangan Merokok di Premis Makanan: Tempoh Berlembut Tak Dilanjut
Tidak akan ada lagi lanjutan tempoh penguatkuasaan pendidikan di kawasan larangan merokok di premis makanan.
Ini bermakna denda dan hukuman menanti pesalah yang merokok di kawasan terbabit akan mula dikenakan Januari nanti.
Dalam pada itu Kementerian Kesihatan memaklumkan, lebih 3 juta rakyat Malaysia tidak tahu mereka mengalami tekanan darah tinggi.
Data terkini juga menunjukkan 1.8 juta rakyat negara ini tidak tahu mereka sebenarnya mengidap kencing manis.
Gangguan Sistem di KLIA Bukan Serangan Siber
Gangguan sistem di KLIA dan KLIA2 baru-baru ini tiada kaitan dengan serangan siber.
Agensi Keselamatan Siber Negara (NASCA) memaklumkan, dapatan awal menunjukkan ia disebabkan kegagalan kelengkapan rangkaian.
Gangguan berkenaan menyebabkan puluhan penerbangan terpaksa dibatalkan.
Pangkalan Data Pesalah Jenayah Kanak-Kanak Ada Kelemahan
Kerajaan akui ada sedikit kelemahan dalam pangkalan data pesalah jenayah kanak-kanak di negara ini.
Ia ekoran data itu hanya bermula pada 2017 dan tidak memasukan nama pemuda pesalah pedofilia yang pernah dihukum penjara atas kesalahan itu di UK pada 2015.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather