← Back to list
Tiada kenaikan harga topeng hidung dan mulut!
Sep 18, 2019
Semua sekolah di Putrajaya yang dijadualkan dibuka semula pagi ini diarah ditutup akibat jerebu.
Ratusan sekolah di Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak turut ditutup sementara hingga keadaan jerebu kembali pulih.
Setakat ini, 8 kawasan catat IPU sangat tidak sihat babitkan Balik Pulau, Putrajaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Johan Setia, Nilai dan Sri Aman.
Dalam perkembangan berkaitan, tiada kenaikan harga topeng hidung dan mulut sebab ia dalam senarai barang kawalan.
Kerajaan berkata harga topeng itu di pasaran ketika ini adalah antara 20 sen dan RM6 seunit.
Kes cerai pasangan Islam di Selangor membimbangkan.
Kes penceraian melibatkan pasangan Islam di Selangor agak membimbangkan dengan lebih 24,000 kes dicatatkan bagi 2 tahun lepas.
Menteri Besarnya berkata lebih 20 peratus daripada jumlah itu merupakan pasangan muda yang baru berkahwin.
Antara punca utama bagi masalah itu katanya adalah faktor kewangan dan tiada persefahaman antara pasangan.
Elaun RM5 sejam untuk pelatih di jabatan kerajaan dihadkan hanya 90 hari.
Elaun RM5 sejam kepada pelajar universiti yang jalani latihan praktikal di jabatan kerajaan dihadkan hanya untuk 90 hari walaupun latihan melebihi tempoh itu.
Berita Harian melaporkan, ia antara perincian dalam pemberian elaun itu yang kembali diperkenalkan, yang mula berkuat kuasa 1 September lalu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather