← Back to list
Lebih 2,500 sekolah terpaksa ditutup akibat jerebu.
Sep 19, 2019
Lebih 2, 500 sekolah terpaksa ditutup akibat jerebu.
Ia menjejaskan kira-kira 2 juta murid namun cuti bencana itu tidak perlu diganti.
Bagi sekolah di Selangor, KL, Putrajaya dan Pulau Pinang, sekolah ditutup pada hari ini dan esok.
Manakala sejumlah sekolah di Sarawak, Perak, Negeri Sembilan dan di Kedah buat masa ini diarahkan tutup hari ini sahaja.
Terkini, 6 kawasan merekodkan IPU sangat tidak sihat, majoritinya di Sarawak.
39 lagi kawasan catat IPU tidak sihat, kebanyakannya negeri-negeri Pantai Barat, Selatan dan Utara Semenanjung.
Menteri Dalam Negeri akan bertemu dengan pegawai kanan Jabatan Imigresen dan JPN dalam masa terdekat.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu bincang langkah perketat SOP bagi elak aktiviti melanggar undang-undang babitkan pegawai dan kakitangan kementerian itu.
Ia ekoran penahanan pegawai kanan JPN Pulau Pinang dan 5 yang lain berkaitan kes jual MyKad dan Sijjil Lahir kepada warga asing khasnya warga China.
Berhenti sebarkan gambar 2 beradik yang dikaitkan dengan kebakaran di Tumpat, Kelantan.
Orang ramai diminta berhenti sebar gambar kanak-kanak 2 beradik yang dikaitkan dengan siri kebakaran di sebuah kampung di Tumpat.
Polis Kelantan memaklumkan Sinar Harian, ini kerana tindakan itu tidak membantu siasatan, dan mereka juga di bawah umur.
Kedua-dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun itu masih berada dalam tahanan polis dan tempoh reman mungkin dilanjut bagi bantu siasatan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather