← Back to list
AR Badul mahu inkues kematian anaknya, Mejar Zahir Armaya diadakan.
Sep 27, 2019
Pelakon dan pelawak veteran, AR Badul mahu inkues diadakan bagi mencari punca kematian anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya.
Ini kerana dia dan keluarga tidak berpuas hati dengan kronologi kematian Allahyarham yang tertembak semasa demonstrasi kententeraan awal bulan ini.
Terdahulu, Lembaga Siasatan Tentera Darat Malaysia mengklasifikasikan kematian pegawai komando itu sebagai kemalangan dalam latihan.
Calon 18 tahun mungkin dibenar bertanding dalam PRK Parlimen Tanjong Piai!
SPR akan berbincang mengenai kemungkinan itu dengan wakil parti politik dalam masa terdekat.
Sekiranya ia menjadi kenyataan, ia akan catat sejarah sebagai pilihanraya pertama di negara ini yang menyaksikan calon 18 tahun dibenar bertanding.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik minggu lalu.
Keputusan prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib akan diketahui hari ini.
Sepanjang 41 hari inkues itu berlangsung, 30 saksi termasuk beberapa pakar dipanggil dan 137 bahan bukti telah dikemukakan.
Allahyarham maut selepas 21 hari bertarung nyawa akibat parah semasa bertugas ketika rusuhan di sebuah kuil di Petaling Jaya, November tahun lalu.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather