← Back to list
Silibus Jenayah Seks Siber & Pemerdagangan Manusia Di Ajar Di Sekolah Menengah
Oct 02, 2019
Kementerian Pendidikan sahkan elemen pencegahan jenayah seks siber dan pemerdagangan manusia terdapat dalam silibus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah menengah.
Jelasnya, langkah itu adalah sebahagian daripada cara untuk mendidik pelajar melindungi diri mereka daripada perkara yang tidak diingini.
Dalam perkembangan lain, pihaknya juga galakkan Ibu bapa agar anak mereka sertai seni pertahankan diri.
Ini selepas terdapat kejadian seorang budak perempuan 11 tahun nyaris dirogol dan berjaya lepaskan diri dengan mencucuk mata suspek dengan batang aiskrim di Kudat Sabah.
Pembunuh Gajah Berjaya Diberkas
Enam suspek termasuk seorang warga asing ditahan dipercayai terlibat dalam kes penemuan bangkai gajah pygmy di Tawau baru-baru ini.
Turut dirampas tiga senjata api dan 56 peluru hidup disyaki alatan yang digunakan untuk menembak gajah itu.
Terdahulu, hasil siasatan mendapat gajah itu mati ditembak selepas menjumpai 70 peluru di dalam badannya.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather