← Back to list
Belanjawan 2020 perkasa belia dan wanita
Oct 11, 2019
Belanjawan 2020 fokus kepada belia dan wanita
Kerajaan dalam pembentangan bajet 2020, melancarkan inisiatif #MalaysiaKerja untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia dan wanita.
Antara inisiatifnya adalah graduan yang menganggur lebih 12 bulan akan terima insentif 500 ringgit sebulan sebagai tambahan gaji yang diterima.
Wanita yang kembali bekerja pula akan mendapat insentif gaji sebanyak 500 ringgit sebulan selama dua tahun.
Sementara itu, kerajaan akan teliti semula Akta Kerja 1955 yang antara lain menyaksikan tempoh cuti bersalin ditingkatkan daripada 60 hari kepada 90 hari berkuat kuasa mulai tahun 2021.
Pindaan itu turut mencadangkan gaji minimum ditingkatkan kepada RM1,200 sebulan hanya di wilayah bandar-bandar utama berkuat kuasa pada tahun 2020.
Turut ditawar, one-off bernilai RM30 kepada rakyat M'sia berusia 18 tahun ke atas, berpendapatan tahunan kurang 100 ribu, untuk meningkatkan penggunaan e-Dompet
-----
Pelajar maut ketika bergurau
Foto : Harian Metro
Gara-gara bergurau tidak bertempat, seorang pelajar sekolah menengah swasta di Kota Damansara, maut akibat tercucuk serpihan kaca di leher, tengah hari tadi.
Ketika kejadian mangsa dikatakan bergurau menolak pintu kaca dengan seorang rakan sekelasnya, menyebabkan pintu berkenaan pecah.
Polis mengesahkan tiada unsur jenayah terhadap pelajar itu selepas meneliti rakaman CCTV.
-----
Harga mingguan petrol dan diesel
Foto : Astro Awani
Harga runcit petrol RON97 naik tujuh sen kepada 2 ringgit 67 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini.
Manakala harga RON95 dan Diesel kekal pada 2 ringgit 8 sen seliter dan 2 ringgit 18 sen seliter.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather