← Back to list
Iklan 'bombastik' jerat pengguna beli ubat tidak berdaftar di media sosial.
Nov 06, 2019
Iklan dengan testimonial 'bombastik' membuatkan pengguna terjerat beli ubat tidak berdafar di media sosial!
Kementerian Kesihatan memaklumkan, antara frasa yang biasa diguna ialah '1 tablet ubat boleh sembuhkan semua penyakit' dan 'jaminan wang dikembalikan'.
Tegas KKM, pengguna sepatutnya lebih cakna risiko ubat tidak berdaftar malah jika buat tuntutan ia sukar sebab kebanyakan maklumat penjual tidak jelas.
Kerajaan akan pinda undang-undang yang dikatakan bersifat zalim, secepat mungkin.
Ujar Perdana Menteri, pindaan undang-undang yang terlibat akan dibentang di Parlimen sama ada pada sesi kali ini atau akan datang.
Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad lagi, ia dijangka turut melibatkan pindaan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan, Langkah-Langkah Khas, SOSMA.
Lelaki kejam bunuh kucing dalam mesin pengering baju dikenakan hukuman setimpal!
Lelaki yang videonya pernah viral kerana bunuh kucing bunting secara kecam terima hukuman setimpal!
Dia dihukum penjara 34 bulan dan denda RM40,000 oleh Mahkamah KL.
Dalam kejadian pada September tahun lalu, dia dillapor memasukkan haiwan malang itu ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather