← Back to list
Ibu bapa mungkin dihukum sebab hantar anak ke pusat tahfiz tak berdaftar
Nov 10, 2019
Foto : Astro Awani
Ibu bapa boleh dikenakan tindakan undang-undang jika menghantar anak mereka ke pusat tahfiz tidak berdaftar di negara ini!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusoff berkata ianya bagi mengelakkan ibu bapa bersikap lepas tangan jika berlaku perkara tidak diingini.
Tambahnya, peringatan agar menghantar anak ke pusat tahfiz berdaftar telah banyak kali dibuat sebelum ini.
Beliau berkata demikian susulan kematian seorang pelajar tahfiz berusia 7 tahun di Pahang yang dipercayai dipukul, minggu lalu.
Foto : Astro Awani
Sementara itu, Ketua Polis Pahang berkata kes kematian tersebut dipercayai berpunca daripada cemburu.
Mangsa, Mohammad Aimin Nurul Amin yang merupakan pelajar termuda sebuah pusat tahfiz di Temerloh itu rapat dan manja dengan pengusaha pusat tersebut sehingga dicemburui pelajar lain.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather