← Back to list
Amaran Hujan Lebat di Pantai Timur Dilanjutkan
Dec 01, 2019
Mangsa Banjir Meningkat
4 daerah di Terengganu iaitu Setiu, Besut, Dungun dan Hulu Terengganu. kini dilanda banjir membabitkan lebih 1,400 mangsa.
Manakala di Kelantan pula, Tanah Merah, Machang dan Pasir Mas kini dilanda banjir memaksa hampir 400 mangsa berlindung di pusat pemindahan.
Sementara itu amaran cuaca buruk dan hujan lebat di 2 negeri berkenaan juga Pahang dan Johor berterusan sehingga esok.
*foto sekadar hiasan
Dalam perkembangan berkaitan, TNB akan pastikan pusat pemindahan dan bilik gerakan terus dapat bekalan elektrik demi keselesaan mangsa banjir.
Pihaknya juga akan mematikan semua suis utama rumah mangsa banjir yang ditinggalkan bagi elak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
KPM Cadang Silat Jadi Aktiviti Kokurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) rancang menjadikan seni silat sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah dan subjek pilihan berkredit di universiti.
Silat juga mungkin dijadikan salah satu kursus dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) agar pelajar boleh diberikan sijil untuk mohon pekerjaan dalam bidang keselamatan.
KPM turut akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) bagi mengusahakan silat diwartakan sebagai warisan sejarah dunia.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather