← Back to list
PRK Parlimen Kimanis Perlu Diadakan
Dec 02, 2019
Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak kemenangan DS Anifah Aman di kerusi Parlimen Kimanis, Sabah pada PRU-14.
Ia sekaligus membuka laluan untuk satu lagi Pilihan Raya Kecil.
Kemenangan Datuk Seri Anifah dibatalkan selepas pemeriksaan semula ke atas peti undi mendapati terdapat unsur manipulasi, termasuk penambahan kertas undi secara tidak sah.
Banyak Akaun Media Sosial Dipadam
Hampir 80 peratus daripada 3,900 akaun media sosial dipadam SKMM setakat September lalu.
Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia, faktor utama akaun terbabit dipadam kerana ia didapati palsu untuk tujuan penyamaran.
Pihaknya turut memadam lebih 1,500 pautan atau kandungan yang dipercayai berunsurkan buli.
Polis Kena Cepat Siasat!
Polis digesa segera selesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan bekas ahli Parti Komunis Malaya di Kajang, semalam.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, hal sebegitu tidak boleh dipandang remeh kerana dikhuatiri mengancam keamanan.
Pihaknya telah arahkan polis dan Cawangan Khas membuat siasatan bagaimana perhimpunan itu diadakan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather