← Back to list
Amaran hujan lebat dikeluarkan di beberapa daerah di Pantai Timur hari ini.
Dec 18, 2019
Jabatan Meteorologi Malaysia keluarkan amaran hujan lebat di beberapa daerah di Kelantan, Terengganu dan Pahang hari ini!
Manakala amaran ribut petir dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.
Dalam perkembangan berkaitan, Kelantan kini dilanda banjir gelombang kedua ekoran hujan lebat sejak semalam.
Setakat ini, lebih 900 mangsa banjir berlindung di 11 pusat pemindahan di Jeli, Tanah Merah dan Machang.
Di Pahang pula jumlah mangsa banjir naik sedikit pagi ini iaitu 1,024 orang berbanding 1,000 semalam.
Situasi banjir di Johor tidak banyak berubah dengan kira-kira 5,300 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan.
Tiada pertukaran beberapa ketua setiausaha kementerian akan dilakukan dalam masa terdekat.
Tegas Ketua Setiausaha Negara, laporan yang dikeluarkan oleh sebuah portal baru-baru ini adalah tidak benar dan ia hanya persepsi sesetengah pihak.
Menurut laporan itu, 5 ketua setiausaha kementerian dijangka ditukarkan hujung tahun ini bagi melancarkan lagi operasi kementerian terlibat.
Tahap kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan vaksin imunisasi di Sabah meningkat.
Menurut Jabatan Kesihatan negeri, sejak kes polio dikesan di Tuaran 8 Disember lalu, semakin ramai penduduk tampil untuk dapatkan vaksin buat anak-anak mereka.
Ketika ini, bayi lelaki yang dilapor dijangkiti virus itu masih dirawat dan berada dalam keadaan stabil.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather