← Back to list
KKM kuatkuasakan larangan merokok!
Jan 01, 2020
Penguatkuasaan larangan merokok bermula hari ini!
Foto : Astro Awani
Kementerian Kesihatan menggerakkan 5 ribu pegawainya bagi memantau perokok di premis makanan mulai tengah malam tadi.
Menurutnya, peningkatan penguatkuasaan itu akan dilakukan terutamanya pada waktu malam dan di kawasan luar bandar.
Langkah tersebut adalah untuk menguatkuasakan larangan merokok di kawasan yang tidak dibenarkan termasuk di premis makanan.
------
Cuepacs mahu BIPK dikekalkan.
Foto : Astro Awani
Cuepacs mahu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, BIPK penjawat awam dalam 33 skim perkhidmatan dikekalkan.
Menurutnya, biarpun perkara tersebut hanya melibatkan penjawat awam baru, namun ia dilihat mampu timbulkan konflik pada masa akan datang dari segi kesaksamaan.
Pihaknya juga telah hantar surat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk adakan perbincangan lanjut bagi memuktamadkan perkara itu.
---
Kadar tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dikurangkan.
Foto : Astro Awani
Kadar baru tol di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dikurangkan kepada 7 ringgit berkuatkuasa hari ini, seragam dengan kadar tol Jambatan Pulau Pinang.
Pengurangan kadar tol tersebut adalah untuk membantu mengurangkan kos hidup rakyat.
Kadar baru itu juga antara lain bertujuan mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather