← Back to list
Dr Maszlee Malik Letak Jawatan Menteri Pendidikan
Jan 02, 2020
Perdana Menteri sahkan Dr Maszlee Malik serah surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan hari ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad ucapkan terima kasih di atas perkhidmatannya selama 20 bulan menjadi anggota kabinet.
Tambah Tun M, penggantinya akan diumumkan dalam waktu terdekat.
Terdahulu, Dr Maszlee umum letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan petang tadi di Putrajaya.
Katanya, dia akan terus menyumbang kepada pembangunan negara meskipun tidak memegang jawatan dalam kabinet.
Kerajaan Sabah Letak Pegawai Kanan SPRM di Pejabat Ketua Menteri
Kerajaan Sabah negeri pertama letakkan pegawai kanan SPRM di pejabat Ketua Menteri dan Unit Integriti Negeri Sabah.
Dua pegawai kanan SPRM itu akan mulakan tugas secara rasminya bermula hari ini.
Bulan lalu, kerajaan Kedah bersetuju letakkan seorang pegawai kanan SPRM di pejabat Menteri Besar untuk banteras gejala rasuah.
Kerajaan Kelantan Terima Bantuan RM 400 Juta
Kerajaan Kelantan terima bantuan one off berjumlah 400 juta ringgit daripada Kerajaan Persekutuan 25 Disember lalu.
Peruntukkan itu akan digunakan untuk tingkatkan sosio ekonomi, kesejahteraan rakyat dan kukuhkan fiskal kewangan negeri.
Dalam perkembangan lain, penjawat awam di Kelantan akan menerima bonus tambahan 500 ringgit, minggu depan manakala lantikan politik terima 250 ringgit.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather