← Back to list
erajaan Tiada Kuasa Kawal Harga Vaksin
Jan 17, 2020
Kerajaan tiada kuasa untuk kawal harga vaksin di klinik dan hospital swasta yang dilapor melonjak tinggi berikutan penularan wabak influenza A.
Kementerian Kesihatan menjelaskan ini kerana harga tersebut ditetapkan syarikat pembekal dan doktor yang membeli vaksin berkenaan.
Terdahulu media melaporkan harga vaksin yang pada asalnya dijual pada kadar RM50 dan RM70, melambung sehingga RM150.
Ini kerana kebanyakan klinik dan hospital swasta di seluruh negara kehabisan vaksin influenza A berikutan ramai ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga.
Harga Tol PLUS Tak Akan Naik Selama 38 Tahun Lagi
Pengurangan kadar tol sebanyak 18 peratus bagi pengguna di semua lebuh raya PLUS akan dilaksanakan seawal 1 Februari ini.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan dianggar dapat menjimatkan RM42 bilion sepanjang tempoh konsesi PLUS selama 38 tahun lagi.
Jelas Tun Dr Mahathir Mohamad, sepanjang tempoh itu, tiada kenaikan kadar tol akan berlaku.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather