← Back to list
Tiga Positif Coronavirus Dikesan Di Malaysia
Jan 25, 2020
Kes coronavirus yang melanda Wuhan, China, telah mula dikesan di Malaysia!
Ini selepas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sahkan, tiga daripada 8 warga China yang dikuarantin selepas memasuki Johor Bahru, positif virus tersebut.
Ketiga-tiga mangsa kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Sungai Buloh dan akan dipantau selama 14 hari.
Kesemua mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan seorang mangsa coronavirus itu, yang dikesan di Singapura.
Dalam perkembangan lain, Kerajaan China kuarantin 13 bandar utamanya bagi mengawal penularan wabak koronavirus daripada terus merebak.
Malah perkhidmatan pengangkutan awam termasuk bas dan stesen kereta api turut digantung.
Dalam pada itu, Air Asia membenarkan pelanggan yang menempah tiket penerbangan ke mana-mana destinasi negara China, menukar tarikh perjalanan tanpa sebarang kos.
Ini berlaku susulan pembatalan sementara penerbangannya dari Kota Kinabalu, Bangkok dan Phuket ke Wuhan, China hingga 28 Januari ini akibat wabak koronavirus.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather