← Back to list
KPM Jalankan Siasatan Dalaman Kes Murid Tertusuk Anak Panah.
Feb 09, 2020
Kementerian Pendidikan telah memulakan siasatan dalaman kes murid cedera tertusuk anak panah di padang sekolahnya di Gurun, Kedah.
Ia bagi melihat SOP semasa latihan memanah berkenaan dipatuhi atau tidak.
Murid tingkatan 4 itu bernasib baik kerana anak panah tidak mengenai bola matanya dan dia kini berada dalam keadaan stabil di hospital.
Malaysia akan berbincang dengan Singapura mengenai penularan wabak koronavirus.
Malaysia akan bincang dengan Singapura berhubung amaran tahap jingga berkenaan penularan wabak koronavirus Wuhan di republik itu.
Antara yang akan dibincangkan ialah langkah yang boleh diambil bagi melindungi pekerja kedua-dua negara.
Namun buat masa ini Malaysia belum berhasrat mengenakan sekatan perjalanan ke atas rakyat Malaysia untuk ke negara jiran berkenaan.
Suspek kes tembakan rambang di Korat, Thailand ditembak mati oleh pihak berkuasa.
Askar Thailand yang mengamuk dan melepaskan tembakan rambang di Korat sejak semalam akhirnya ditembak mati pihak berkuasa.
Angka kematian akibat serangan itu setakat ini disahkan 20 orang manakala 42 yang lain cedera.
Suspek dilapor membunuh ketuanya sebelum bertindak curi senjata api di kem askar dan sambung serangan di sebuah pusat beli-belah.
Suspek juga sempat siar secara langsung serangannya pada peringkat awal di Facebook malah kongsi swafoto dia memegang senapang.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather