← Back to list
Tiada Kes Positif COVID 19 Di Hospital Klang
Feb 15, 2020
Kementerian Kesihatan Malaysia menafikan terdapat lima kes positif COVID-19 di Hospital Klang, Selangor, berikutan satu video yang tular di media sosial hari ini.
KKM melalui laman Facebook rasminya memaklumkan video berkenaan merupakan prosedur operasi standard (SOP), dalam menjalankan operasi mengesan kontak rapat.
"Tular video dengan dakwaan ada lima kes positif di Hospital Klang adalah tidak benar.
Jangan berkongsi atau menyebarkan berita palsu ini," menurut catatan itu.
Hari ini tular video berdurasi lima saat di media sosial yang mendakwa terdapat lima kes positif COVID-19 di Hospital Klang.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather