← Back to list
PKP fasa pertama beri petunjuk positif.
Apr 02, 2020
Foto : Astro Awani
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama menunjukkan petanda baik.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, ini selepas tiada peningkatan kes COVID-19 secara mendadak dilaporkan sepanjang 2 minggu pelaksanaannya.
Namun Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, masyarakat perlu patuhi pelaksanaan PKP untuk 2 minggu seterusnya lagi bagi memastikan rantaian jangkitan dapat diputuskan.
Pihaknya juga berharap dapat mempertingkatkan strategi membendung penularan COVID-19 terutama di kawasan hotspot yang sudah dikenalpasti menerusi fasa kedua PKP.
Foto : KKM
Sementara itu, KKM lancar Program Pengurangan Risiko Penularan COVID-19 Di Daerah, bagi mengekang penularan wabak tersebut di peringkat komuniti.
Tujuan utamanya adalah memperkasakan komuniti dalam mencegah dan mengawal COVID-19 supaya tiada kes dilaporkan di daerah yang bebas jangkitan tersebut.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather