← Back to list
Program Matrikulasi ditamatkan.
Apr 12, 2020
Foto : Astro Awani
Pengajian Program Matrikulasi sesi 2019/2020 ditamatkan semalam akibat pandemik COVID-19.
Kementerian Pendidikan membuat keputusan itu selepas Peperiksaan Semester 2 program tersebut yang dijadual berlangsung 27 April hingga 4 Mei ini dibatalkan kerana situasi semasa COVID-19 di negara ini.
Foto : PenangKini
Oleh itu, pelajar akan dinilai menerusi keputusan peperiksaan Semester 1 dan keputusan penilaian berterusan yang telah dilakukan untuk Semester 2.
Langkah tersebut diambil bagi memastikan kesihatan pelajar dan staf pendidikan terjamin daripada dijangkiti wabak COVID-19.
Namun, para pelajar diminta kekal di kampus masing-masing bagi memudahkan kementerian memantau dan menjaga keselamatan pelajar dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Foto : Astro Awani
Dalam pada itu, bantuan wang tunai kepada pelajar IPT bernilai 200 ringgit diperluaskan kepada pelajar tingkatan 6, diploma dan yang setara dengannya.
Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan untuk memanfaatkan lebih 1.5 juta pelajar lagi dan bayaran akan dibuat hujung bulan ini.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather