Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50

← Back to list

Kompaun Ingkar PKP Kekal

Apr 13, 2020


Kompaun Ingkar PKP Tak Naik

Nilai kompaun bagi individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kekal RM1,000.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah kompaun itu berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Jelas beliau, akta tersebut perlu dipinda jika kadar kompaun ingin dinaikkan.

Bagaimanapun, polis diberi pilihan sama ada mahu mengenakan denda atau membawa kes ke mahkamah.

Sementara itu di Sabak Bernam, Selangor, 6 sekeluarga dikompaun RM1,000 seorang gara-gara melanggar PKP apabila keluar bersama ke pasar raya.

Manakala di Pahang, polis nafi pihaknya ada berkunjung ke sebuah pasar raya di Raub dan umum kononnya individu yang tidak pakai penutup hidung dan mulut akan didenda RM1,000.

Belum Ada Bukti Saintifik Terowong Sanitasi Berkesan

Belum ada bukti saintifik atau klinikal menunjukkan keberkesanan terowong sanitasi.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengenal pasti Pusat Kajian Klinikal (CRC) dan Kajian Klinikal Malaysia (CRM) untuk mengkaji keberkesanannya.

Beberapa negara dilapor telah menggunakan terowong berkenaan antaranya Turki dan China yang dikatakan mampu hapus sehingga 99 peratus virus.

Di Malaysia pula beberapa pihak dan premis mula mengambil langkah sama.

Sementara itu, Pasar Besar Machang jadi pasar basah pertama di Kelantan mempunyai terowong sanitasi berkenaan untuk kegunaan orang ramai.

Menurut kerajaan negeri, ia akan diperluaskan ke kawasan-kawasan tumpuan ramai seperti pasar borong dan pasar raya

Penuntut Universiti & IPT Diminta Tetap Berada di Asrama 

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) minta penuntut universiti dan IPT terus kekal di asrama masing-masing sehingga arahan baru dikeluarkan.

Ini kerana ketika ini pihaknya masih memperhalusi cadangan membenarkan penuntut yang masih tinggal di asrama dan kampus untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.

Ia termasuk mengambil kira pergerakan penuntut secara beramai-ramai akan membawa risiko penularan semula COVID-19 yang telah mula menunjukkan tanda pengurangan.

KPT juga yakin semua penuntut terlibat memahami kerajaan sedang berhadapan dengan saat getir dalam menangani pandemik global berkenaan.

Ketika ini, hampir 80,000 penuntut berada di kampus masing-masing susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm
 

Weather

 

 

Leaderboard 970x90 Leaderboard 728x90 Leaderboard 320x50
function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }