← Back to list
Kluster baru COVID-19 di Pedas, Negeri Sembilan
May 08, 2020
Kluster baru COVID-19 di Pedas, Negeri Sembilan
Foto - Wikimedia
Kementerian Kesihatan mengesahkan, pihaknya mengenalpasti satu lagi kluster baru penularan wabak COVID-19 dari sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan.
Sehingga kini, 60 individu disahkan positif wabak itu daripada kluster berkenaan, 7 daripadanya merupakan warga tempatan manakala bakinya merupakan warganegara asing.
Menurut KKM, setakat ini 786 individu termasuk pekerja kilang, ahli keluarga dan kontak rapat mereka sudah disaring dengan 440 masih menunggu keputusan.
-----
Pasar raya jangan buat undang-undang sendiri!
Foto - Bernama
Pihak pasar raya atau kedai diingatkan agar tidak membuat undang-undang sendiri dengan menghalang orang ramai yang tidak memakai penutup mulut dan hidung daripada memasuki premis mereka.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemakaian pelitup muka itu bukan sesuatu yang diwajibkan oleh peraturan atau undang-undang ketika krisis COVID-19 sekarang.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, kerajaan bagaimanapun menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka untuk menjaga keselamatan diri dan orang lain terutama mereka yang mempunyai gejala.
-----
Garis panduan solat Jumaat PKPB di bawa je Majlis Raja-Raja
Foto - Shah Rahimin (Astro Radio News)
Hasil perbincangan berhubung garis panduan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dibawa ke Majlis Raja-Raja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia sebagai pandangan dan nasihat untuk dipertimbang serta diputuskan pihak berkuasa agama negeri.
Ini kerana katanya, urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja, selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather