← Back to list
Pembayaran sekaligus BPN 15 Mei ini
May 09, 2020
Pembayaran sekaligus BPN 15 Mei ini
Foto - Prihatin
Lebih 2.3 juta permohonan baharu dan juga rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diluluskan berjumlah RM1.7 bilion.
Menurut Menteri Kewangan, jumlah itu adalah permohonan baru dan rayuan BPN yang dibuka dari 1 hingga 30 April lalu bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan.
Bagi mereka yang layak, pembayaran BPN akan dibuat secara sekali gus mulai 15 Mei 2020 dengan status permohonan baru dan rayuan BPN boleh disemak mulai 9 Mei 2020.
-----
KWSP luluskan i-Lestari RM1.66 juta
Foto - KWSP
KWSP telah meluluskan pengeluaran Akaun 2 kepada 3.5 juta pencarum berjumlah RM1.66 bilion sejak pengeluaran i-Lestari dilancarkan April lalu.
Kementerian Kewangan berkata, amaun yang dipohon bagi pengeluaran i-Lestari dikreditkan ke akaun masing-masing secara pindahan dana elektronik bermula dari 4 hingga 18 Mei.
Menerusi i-Lestari KWSP, pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan akan datang daripada Akaun 2 masing-masing.
-----
Hanya urusan melalui temujanji di JPN
Foto - Jabatan Pendaftaran Negara
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya menjalankan operasi di semua pejabatnya di seluruh negara secara temujanji bagi membolehkan pelanggan menyelesaikan urusan dokumen diri yang tertangguh.
JPN dalam kenyataan berkata, semua urusan yang dilakukan secara temujanji itu bermula 4 Mei lalu, iaitu setiap hari bekerja mulai 8.30 pagi hingga 4.00 petang.
Operasi sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) itu bagaimanapun dikecualikan di cawangan Pusat Transformasi (UTC) dan pejabat JPN di kawasan PKPD yang ditutup.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather