← Back to list
Elak Bawa Anak Kecil Ke Pusat Membeli-Belah
May 12, 2020
Elak Bawa Anak Kecil Ke Pusat Membeli-Belah
Kerajaan mungkin mewartakan larangan bawa anak-anak kecil ke pusat membeli-belah atau pasar raya semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.
Menurut Menteri Kanan Keselamatan, ia mungkin dilakukan jika masih ada individu tidak prihatin terhadap perkara itu.
Tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, individu dewasa sepatutnya tahu risiko jangkitan COVID-19 jika kanak-kanak dibawa berada dalam kumpulan manusia yang ramai.
Terus Patuh PKPB Semasa Raya Nanti
Umat Islam diminta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
Ujar Ketua Pengarah Kesihatan, ia termasuk menghadkan jumlah pelawat yang berkunjung ke rumah pada satu-satu masa.
Jelas Datuk Dr Noor Hisham Abdulllah, jumlah 20 orang yang disaran kerajaan terhad kepada ahli keluarga dan perlu mengambil kira faktor keluasan rumah.
Penjarakan sosial juga perlu terus diamalkan dan tiada salam serta cium bagi melindungi golongan berisiko khasnya warga emas dan kanak-kanak.
Berita Baik Untuk Penjawat Awam
Kerajaan setuju beri elaun khas kepada penjawat awam sempena Aidilfitri.
Elaun RM500 itu akan dinikmati penjawat awam gred 56 dan ke bawah manakala pesara akan terima RM250.
Ia akan dibayar pada 20 Mei ini.
*foto sekadar hiasan
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather