← Back to list
Tindakan Rentas Negeri Boleh Tingkatkan Kluster Covid-19!
May 18, 2020
Tindakan sesetengah masyarakat yang masih berdegil untuk merentas negeri boleh membawa kepada peningkatan kluster Covid-19 di negara ini.
Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah minta orang ramai agar terus patuhi PKPB terutamanya menjelang musim perayaan.
Terdahulu, Menteri Pertahanan berkata jumlah kenderaan yang cuba curi-curi balik kampung merentas negeri meningkat lebih sekali ganda kepada lebih 1,200 kenderaan pada Sabtu.
Harga ayam naik mendadak ekoran permintaan tinggi.
Kenaikan harga ayam secara mendadak sejak minggu lalu berpunca daripada permintaan tinggi selepas perniagaan dibuka semula ketika PKPB.
Justeru, kerajaan minta pengguna agar mengehadkan pembelian bagi mengurangkan tekanan permintaan sehingga Skim Harga Maksimum Musim Perayaan diumumkan esok.
Mesyuarat Pertama Oenggal Ketiga Parlimen Ke-14 berlangsung hari ini.
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong jam 10 pagi nanti akan menyaksikan beberapa perkara menarik.
Selain hanya diadakan sehari dan tidak melibatkan sebarang urusan lain selain titah Diraja akibat pandemik Covid-19, persidangan kali ini juga merupakan yang pertama selepas perubahan kerajaan pusat daripada Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional.
Tan Sri Muhyiddin Yassin pula buat pertama kali akan memasuki Parlimen sebagai Perdana Menteri sejak menjawat jawatan nombor satu itu pada awal Mac.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather