← Back to list
SOP kedai gunting rambut diperhalusi
May 19, 2020
SOP kedai gunting rambut diperhalusi
Foto - Sinar Harian
Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengumpul data mengenai jumlah sebenar pekerja warga asing terbabit dalam industri gunting rambut di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data itu diperlukan sebelum KKM benarkan kedai gunting rambut beroperasi sepanjang tempoh PKPB.
Beliau memaklumkan, prosedur operasi standard (SOP) mengenai operasi kedai gunting rambut sudah diterima KKM dan ia dalam proses penelitian akhir.
-----
Warga asing penyumbang kes harian COVID-19
Foto - Malay Mail
37 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini dengan jangkitan membabitkan warga asing terus menjadi penyumbang utama kepada jumlah kes baru di negara ini sejak minggu lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 37 kes keseluruhan yang direkodkan itu, 22 daripadanya membabitkan warga asing.
Sebanyak 31 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dan sudah discaj dari wad sebanyak 5,646 kes atau 80.9 peratus.
-----
Kerajaan tiada kuasa larang ibu bapa bawa anak ke pusat beli-belah
Foto - Media Permata
Kerajaan belum buat sebarang keputusan untuk melarang ibu bapa supaya tidak membawa anak kecil ke pusat beli-belah bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya hanya boleh mengeluarkan nasihat selepas mengambil kira faktor seperti membabitkan ibu atau bapa tunggal.
Ini kerana dalam sesetengah kes katanya, ibu atau bapa tunggal terpaksa membawa anak kecil keluar bagi membeli barang keperluan kerana tiada sesiapa boleh menjaga anak mereka.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather