← Back to list
Jangan cuba rentas negeri!
May 23, 2020
Jangan cuba rentas negeri!
Foto - Berita Harian
PDRM nasihati orang ramai yang berhasrat untuk berbuat pergerakan rentas negeri agar tidak mencuba nasib kerana tindakan itu mungkin sia-sia selain boleh dikenakan kompaun.
Ini kerana pihak polis akan buat pemeriksaan teliti terhadap kenderaan di semua sekatan jalan raya sempadan negeri bagi memastikan tiada perjalanan bertujuan menyambut Aidilfitri.
Malah tegas Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, pihaknya tidak akan berkompromi dan mereka yang ingkar akan diarah berpatah balik.
-----
Patuh SOP sambutan Aidilfitri
Foto - Malay Mail
Orang ramai diingatkan agar mematuhi SOP termasuk penjarakan sosial ketika menyambut Aidilfitri hujung minggu ini bagi memastikan tiada peningkatan mendadak kes COVID-19.
Kembimbangan itu disuarakan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berdasarkan trend peningkatan mendadak kes di luar negara apabila rakyat pulang ke kampung semasa musim perayaan.
Tambahnya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kerajaan sekarang adalah cekap kos serta dapat mengawal kes.
-----
98 pegawai imigresen negatif COVID-19
Foto - FMT
Jabatan Imigresen akan menggerakkan pegawai dari ibu pejabat dan negeri untuk ambil alih kawalan serta pengurusan Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil ekoran kemunculan kluster baru COVID-19 di kawasan itu.
Katanya, semua pegawai imigresen bertugas di depot tahanan itu ketika ini dikenakan kuarantin selama 14 hari di rumah sementara menunggu keputusan saringan Covid-19.
Setakat ini, keputusan saringan COVID-19 terhadap 98 pegawai bertugas di Bukit Jalil didapati negatif dan semua mereka akan terus dikuarantin selama 14 hari.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather