← Back to list
Rakyat faktor penentu PKPB
May 24, 2020
Rakyat faktor penentu PKPB
Foto - Bernama
Keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bergantung kepada keupayaan rakyat menjadikan perintah tersebut resam biasa kehidupan mereka.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiap rakyat perlu memainkan peranan untuk turut menegur sesama sendiri jika ada yang tidak patuh kepada perintah berkenaan.
Beliau juga mengajak umat Islam mengorbankan sedikit adat atau kelaziman pada Aidilfitri ini demi untuk mengelakkan jangkitan COVID-19.
-----
KKM rancang ujian antibodi setempat
Foto - Kementerian Kesihatan Malaysia
Kementerian Kesihatan sedang adakan perbincangan untuk menjalankan ujian antibodi di kawasan setempat bagi mengkaji bilangan individu dalam komuniti yang dijangkiti wabak COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ujian itu bukan diagnosis tetapi bagi mengesan berapa ramai individu dalam komuniti yang terdedah dengan wabak itu tanpa sedar.
Menurutnya, KKM menyasarkan lapan kumpulan dan lokasi berisiko jangkitan COVID-19 seperti depot tahanan untuk menjalankan ujian berkenaan.
-----
Finas lantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi baru
Foto - FMT
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) melantik Zakaria Abdul Hamid sebagai pengerusi baru, menggantikan pelakon dan penerbit filem, Dato' Hans Isaac.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan juga mengumumkan Norman Abdul Halim dari KRU Studios sebagai timbalan pengerusi baru agensi pembangunan industri filem tempatan itu.
Zakaria Abdul Hamid merupakan ahli perniagaan dan aktivis masyarakat, mempunyai Sarjana Perancangan Bandar dari California State University, Amerika Syarikat.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather