← Back to list
Lesu Antara Gejala Baru COVID-19
May 28, 2020
Lesu Antara Gejala Baru COVID-19
Selain deman, batuk, selesema, cirit-birit dan sesak nafas, pesakit COVID-19 nampaknya ada
beberapa gejala baru.
Ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah antaranya ialah kelesuan juga
hilang deria bau dan rasa.
Beliau juga menasihatkan individu yang ada gejala demam ringan untuk kekal berada di rumah dan
tiada hadir bekerja sehingga pulih.
COVID-19: Kedegilan Boleh Gagalkan Usaha Kerajaan
Kedegilan segelintir masyarakat mematuhi PKPB mengecewakan kerana ia boleh menggagalkan usaha kerajaan membendung COVID-19 secara menyeluruh dan berkesan.
Pakar Psikologi, Prof Madya Dr Amer Sidiq Amer Nordin memaklumkan kami, ada beberapa sebab mengapa ia terjadi antaranya anggap ia sebagai satu kebebasan bukannya kelonggaran gara-gara lama berkurung di dalam rumah.
Ujar Prof Madya Dr Amer Sidiq lagi, semua saluran advokasi dan maklumat juga perlu digunakan dan usaha dipergiatkan supaya dapat mencapai semua lapisan masyarakat.
Baru-baru ini, seorang penjawat awam dikesan memalsukan surat kebenaran rentas negeri demi untuk beraya di kampung.
Terdahulu, ada pihak dilapor mengadakan majlis perkahwinan di kuil meskipun tahu kerajaan melarangnya buat masa ini.
Pengajian Maya Untuk Penuntut Universiti & IPT Sehingga Disember
Sesi pengajaran dan pembelajaran universiti dan IPT dilakukan secara dalam talian sehingga Disember.
Namun, 5 kategori penuntut dikecualikan antaranya mahasiswa baru yang akan memulakan pengajian secara berperingkat bermula 1 Julai.
Turut dibenarkan berada di kampus ialah mahasiswa tahun akhir yang tiada akses diperlukan dan persekitaran tidak kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather