← Back to list
Hentikan Tabiat Merokok.
Jun 01, 2020
Kementerian Kesihatan menasihatkan perokok menghentikan tabiat itu bagi elak kesan buruk jika dijangkiti COVID-19.
Analisis pihaknya mendapati kes kematian akibat wabak itu dalam kalangan perokok lebih tinggi berbanding bukan perokok.
Merokok merosakkan fungsi paru-paru sekaligus menjadikan tubuh lebih sukar melawan COVID-19 juga penyakit lain.
Pahang merekodkan 3 kluster baru melibatkan 15 kes di Maran dan Bera.
Ia dikesan selepas Jabatan Kesihatan Pahang menjalankan ujian dan persampelan rawak.
Semua kes melibatkan warga asing dan Jabatan Kesihatan Negeri sedang mengenal pasti puncanya.
Operasi mesin ATM kembali seperti biasa.
Bermula hari ini waktu operasi mesin pengeluaran wang automatik, ATM kembali seperti biasa.
Ia bagi memudahkan orang ramai membuat pengeluaran wang.
Namun arahan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter tetap perlu dipatuhi terutama ketika beratur.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather