← Back to list
Kluster Baru Covid-19 di Cheras Mungkin Ada Kaitan Ziarah Aidilfitri.
Jun 03, 2020
Kes kluster baru COVID-19 di sebuah pangsapuri di Cheras, KL mungkin ada kaitan dengan ziarah Aidilfitri.
Menurut KP Kesihatan, punca jangkitan masih disiasat namun besar kemungkinan ia ada kaitan dengan aktiviti kunjungan raya.
Setakat ini 6 disahkan positif dan semuanya terdiri daripada sebuah keluarga dan kenalan rapat.
Justeru Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan rakyat walaupun kebiasannya kita meraikan Syawal selama sebulan tapi ia tidak dibenarkan semasa PKPB ini.
Kira-kira 7,000 taska berdaftar di seluruh negara kini dibenarkan beroperasi semula.
Ia bagi menyelesaikan isu penjagaan anak-anak susulan ibu bapa yang telah mula kembali bekerja.
Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek bakal dilancarkan.
Perdana Menteri bakal lancar Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek untuk tempoh Jun hingga Disember ini.
Fokusnya masih kepada 3 matlamat utama iaitu memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan
dan merangsang ekonomi.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather