← Back to list
Penularan COVID-19 warga tempatan kian susut
Jun 03, 2020
Penularan COVID-19 warga tempatan kian susut
Foto - Malay Mail
Sebanyak 93 jangkitan baharu COVID-19 penularan tempatan dicatatkan setakat jam 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kes positif kini mencecah hampir 8 ribu kes.
Namun menurut Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu, hanya dua kes babitkan warganegara Malaysia manakala 91 kes bukan warganegara.
Sebanyak 55 kes adalah dari Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil manakala 36 lagi daripada Kluster Pedas di Negeri Sembilan.
-----
Hampir 110 ribu lepas SPM layak ke IPTA
Foto - IAMK
Hampir 110 ribu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 layak melanjutkan pengajian bagi sesi akademik 2020/2021 di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dengan surat tawaran rasmi akan dikeluarkan mulai esok.
Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan, tawaran kemasukan adalah ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.
Katanya, calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh lima hari, iaitu selewat-lewatnya pada 8 Jun ini.
-----
Jangan pinggirkan penyanyi dan pemuzik
Foto - mStar Online
Dato' Hattan mahu kerajaan beri perhatian sama kepada golongan penyanyi dan pemuzik selepas penggiat seni drama, filem serta iklan dibenar memulakan kerja-kerja penggambaran mulai 10 Jun ini.
Penyanyi lagu Memburu Rindu berpendapat, golongan penyanyi dan pemuzik juga tidak patut dipinggirkan, memandangkan mereka turut terjejas teruk berikutan tiada punca pendapatan sejak PKP dilaksanakan.
Malah katanya, luahan hatinya mewakili suara teman seperjuangan berharap pertimbangan sama dapat diberikan kepada golongan penyanyi dan pemuzik.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather