← Back to list
Malaysia tangguh hantar jemaah haji
Jun 11, 2020
Malaysia tangguh hantar jemaah haji
Foto - Libur
Kerajaan Malaysia dengan berat hati umum menangguhkan penghantaran jemaah haji ke Tanah Suci Makkah tahun ini, berikutan penularan wabak COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, penangguhan itu mengambil kira keutamaan kesan kesihatan kepada penduduk negara ini.
Menurutnya, Tabung Haji akan mengeluarkan kenyataan dan soalan lazim berkaitan penangguhan haji itu kepada semua pihak yang terlibat.
-----
Jangan potong gelang tangan kuarantin!
Foto - Malakat Tribune
Individu yang sedang menjalani proses kuarantin wajib di rumah diingatkan supaya tidak memotong gelang tangan pengesanan COVID-19 dalam tempoh 14 hari menjalani prosedur berkenaan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan memotong gelang tangan itu sewenang-wenangnya adalah satu kesalahan mengingkari kuarantin wajib.
Menurutnya, individu terbabit hanya dibenar keluar dan memotong gelang tangan itu hanya jika ujian saringan selepas hari ke-13 kuaratin didapati negatif.
-----
Kapasiti penuh untuk pengangkutan awam
Foto - M-Update
Pengangkutan awam termasuk bas awam, feri, kereta api, transit aliran ringan (LRT) dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh mulai hari ini.
Bagaimanapun, bagi pengangkutan awam yang membenarkan penumpang untuk berdiri, mereka perlu patuh kepada prosedur operasi standard khususnya penjarakan sosial.
Selain itu, penumpang dan pemandu setiap masa mesti pakai pelitup muka dan memuat turun aplikasi MySejahtera selain menggunakan cecair pembasmi kuman sepanjang perjalanan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather