← Back to list
Belum Muktamad
Jan 27, 2021
Belum Muktamad
Kerajaan belum memuktamadkan sama ada PKP 2.0 akan dilanjutkan atau tidak.
Jelas Menteri Kanan (Keselamatan), sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas dinilai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga mendedahkan 2.8 juta rakyat berisiko hilang kerja jika PKP disambung.
2.5 juta orang pula bakal terjejas pendapatan.
Suami Isteri Boleh Rentas Negeri
Menteri Kanan (Keselamatan) mengumumkan pasangan suami isteri jarak jauh kini boleh merentas negeri.
Ujar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pasangan terbabit perlu mendapat kebenaran polis terlebih dahulu, selaras peraturan PKP.
Namun pasangan yang bergejala diminta menjalani ujian saringan COVID-19 atau tanggguh dahulu perjalanan.
Sudah 4 Hari
Sudah 4 hari berturut-turut kes sembuh COVID-19 di negara ini mengatasi jumlah kes baru.
Kes sembuh semalam ialah 4,076 berbanding kes baru 3,585.
Selangor terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,295, diikuti KL 610, Johor 516 dan Sabah 303.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather