← Back to list
Masih Kekal
Jan 22, 2021
Masih Kekal
Kerajaan masih kekal dengan keputusan hanya murid bergejala perlu jalani ujian saringan COVID-19.
Ini kerana kerajaan tidak mahu membebankan ibu bapa untuk menanggung kos ujian berkenaan.
Baru-baru ini sejumlah calon SPM dan STPM di Sabah dan Pahang dikesan positif COVID-19.
Calon berkenaan menginap di asrama dan dikuarantin namun tetap dapat belajar untuk peperiksaan.
Perketat Kawalan di Jalan Tikus
Polis Terengganu memperketatkan kawalan di jalan-jalan tikus.
12 jalan tikus di negeri itu dikesan berpotensi jadi laluan alternatif untuk merentas daerah dan negeri sepanjang tempoh PKP 2.0 di negeri itu yang bermula hari ini.
Turut dikenakan PKP sehingga 4 Februari ialah Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Perlis.
Manakala PKP di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Kelantan, Sabah dan semua wilayah persekutuan dilanjutkan sehingga tarikh sama iaitu 4 Februari.
Pengusaha Bas Rayu moratorium Tanpa Syarat
Persatuan Pengusaha Bas Kelantan rayu kerajaan pertimbang pemberian moratorium kepada semua pengusaha bas tanpa syarat seperti pelaksanaan fasa pertamanya awal tahun lepas.
Pihaknya juga berharap pemandu bas ekspres turut diberi bantuan 'one-off' RM500 seperti diterima pemandu pelancong, pemandu teksi dan bas sekolah.
Jelas pihaknya kepada Sinar Harian, ini kerana golongan itu juga terjejas susulan pandemik COVID-19.
Penerangan Rumah ke Rumah
Kementerian Kesihatan Singapura akan menerangkan dari rumah ke rumah berkenaan vaksin COVID-19.
Petugas kesihatan republik itu juga akan bantu rakyatnya menempah secara dalam talian suntikan vaksin.
Ia susulan masih ramai rakyatnya ragu-ragu terhadap vaksin COVID-19.
*sumber & foto: AWANI, Sinar Harian, Harian Metro, Berita Harian, Kosmo, Utusan Malaysia & internet
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather