← Back to list
Situasi COVID-19 di Terengganu masih terkawal
Feb 01, 2021
Situasi COVID-19 di Terengganu masih terkawal
Foto - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
Situasi wabak COVID-19 di Terengganu masih lagi terkawal meskipun negeri itu mencatatkan kadar kebolehjangkitan harian tertinggi, minggu lalu.
Kementerian Kesihatan Malaysia kini sedang mempertingkatkan aktiviti kesihatan awam di Terengganu bagi membendung penularan pandemik itu.
Berdasarkan rekod, sehingga semalam Terengganu mencatatkan 2,142 kes positif COVID-19 termasuk 83 kes baru.
-----
Jumlah kes sembuh atasi bilangan kes baru
Foto - Neuroscience News
Sejumlah 4,280 kes sembuh daripada COVID-19 dilaporkan hari ini berbanding bilangan kes baru, 4,214.
Selangor dan Johor masih merekodkan jumlah jangkitan tertinggi masing-masing dengan 1,362 dan 1,068 kes.
10 lagi kematian terbaru dicatatkan menjadikan jumlah korban keseluruhan meningkat kepada 770.
-----
PKPD di Penjara Sungai Udang dan kuarters kakitangan
Foto - KafeBuzz
Kerajaan umum pelaksanaan PKPD di Penjara Sungai Udang dan kuarters kakitangannya di Melaka selama 14 hari bermula Rabu ini.
Ini selepas Kementerian Kesihatan mendapati berlaku peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak di penjara itu.
Daripada 339 ujian saringan yang dijalankan sebanyak 113 kes positif COVID-19 direkodkan membabitkan 79 tahanan, 22 kakitangan dan 12 ahli keluarga.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather