← Back to list
Berita Baik Berkenaan Harga Petrol & i-Sinar
Feb 11, 2021
Berita Baik Berkenaan Harga Petrol dan i-Sinar
Kerajaan setuju menetapkan had harga siling bagi petrol dan diesel.
Had siling RON95 ditetapkan pada RM2.05 seliter manakala diesel RM2.15 seliter.
Menurut Kementerian Kewangan, ia bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak yang ketara di peringkat global.
Kementerian turut mengumumkan, akan menambah baik kriteria dan syarat pengeluaran kemudahan i-Sinar di bawah kategori 2.
Wang Ihsan Untuk Mangsa Banjir
Kerajaan meluluskan peruntukan bagi Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir musim tengkujuh baru-baru ini.
Dianggarkan lebih 20,000 keluarga terlibat dan bantuan akan diagihkan menerusi kerajaan negeri.
Setiap keluarga dilapor akan menerima RM500, manakala RM5,000 ringgit untuk yang kematian ahli keluarga akibat banjir.
Syarikat IT Didakwa
Sebuah syarikat IT di Shah Alam didakwa atas kesalahan mempromosikan kotak TV Android bagi mendapatkan siaran TV secara haram.
Jika disabitkan kesalahan, syarikat itu boleh didenda sehingga RM40,000 dan individu berkaitan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam pada itu turut ingatkan orang ramai supaya jangan terpedaya dengan penjualan kotak TV Android yang mempunyai pakej perkhidmatan penstriman kandungan cetak rompak.
Masyarakat juga disaran agar melaporkan sebarang kegiatan cetak rompak kepada pihaknya untuk tindakan sewajarnya.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather