← Back to list
Bantu Kerajaan Sebar Maklumat & Fakta Sahih
Feb 22, 2021
Bantu Kerajaan Sebar Maklumat & Fakta Sahih
Bantu kerajaan sebar maklumat sahih berserta fakta sains tentang kepentingan vaksin COVID-19.
Ujar Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, ia bertujuan membendung gerakan antivaksin yang kelihatan lantang di media sosial ketika ini.
Beliau yang juga Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata, skim perlindungan untuk memberi pampasan kepada penerima vaksin Covid-19 yang mendapat kesan sampingan serius, akan diwujudkan.
Skim ini akan memberi pampasan ‘ex-gratia’ kepada mana-mana penerima suntikan vaksin COVID-19 yang mengalami kesan sampingan serius, yang boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin itu.
Sementara itu Perdana Menteri berharap rakyat yang layak mendapat suntikan vaksin COVID-19 akan tampil mendaftar sebagai penerima apabila pendaftaran dibuka nanti.
Jelas Tan Sri Muhyiddin Yassin, penting untuk sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa di negara ini terima vaksin itu bagi membentuk imuniti kelompok.
Ia juga secara langsung dapat membendung penularan jangkitan COVID-19 daripada menjadi lebih teruk.
APM Guna TracVirus
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan menggunakan aplikasi digelar TracVirus untuk mendapatkan data bagi memantau individu yang memasuki negara ini.
Ia antaranya akan mempercepatkan proses kemasukan pelawat yang sebelum ini perlu mengisi borang secara manual termasuk maklumat kesihatan seperti keputusan saringan COVID-19.
Aplikasi itu akan menjalani percubaan selama 2 minggu di KLIA sebelum diperluaskan ke pintu-pintu masuk lain di negara ini sekaligus menggalakkan gelembung perjalanan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather