← Back to list
Vaksin COVID-19 Cukup Untuk Semua Penduduk.
Mar 04, 2021
Kerajaan beri jaminan bekalan vaksin COVID-19 cukup untuk semua penduduk di Malaysia.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata setakat ini, vaksin yang ditempah adalah kira-kira 108 peratus daripada jumlah penduduk.
Sementara itu, orang ramai tidak perlu daftar lagi jika sudah mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera untuk vaksin COVID-19.
Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata demikian ekoran terdapat kekeliruan mengenai proses pendaftaran menerusi aplikasi tersebut.
Denda hingga RM50,000 menanti jika potong giliran suntikan vaksin Covid-19.
Mana-mana individu yang didapati potong giliran sebagai penerima vaksin Covid-19 berdepan denda hingga RM50,000!
Menteri Kesihatan berkata ia termaktub dalam Ordinan Darurat Pindaan 2021 yang berkuat kuasa mulai 11 Mac ini.
2 maut akibat runtuhan struktur tapak pembinaan lebuhraya SUKE.
2 maut manakala 3 lagi cedera selepas van dinaiki dihempap runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang, SUKE semalam.
Menurut Prolintas, runtuhan struktur itu dipercayai berlaku akibat dilanggar sebuah sebuah lori treler yang membawa lebih muatan.
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Weather